Tuesday, April 21, 2015

Baju Kurung Oh Baju Kurung

Assalamualaikum kawan-kawan Fira

Hari  ni fira nak ceritakan sedikit info menegnai baju kurung. Bila bercakap mengenai baju kurung semua orang akan tahu yang ia adalah baju tradisional Malaysia.

Pada zaman dahulu baju kurung dipakai ketika dirumah atau melawat jiran atau menghadi majlis tertentu. Tetapi pada zaman yang serba milinium ni walaupon baju kurung bersifat tradisional ia masih lagi popular di kalangan rakyat Malaysia untuk dipakai pergi ke pejabat setiap hari. Baju kurung juga diiktiraf sebagi pakaian formal untuk acara formal.

Ok tak nak cerita panjang-panjang. Harini untuk permulaan fira nak cerita mengenai Kurung Kedah, Baju Kedah. Baju kurung kedah ni x dew la popular sangat kan... yang suka pakai baju ni mungkin tok atau nenek kita di kampung. Baju Kedah dibuat pendek dan bahagian leher tidak tidak dijahit atau ditikam dengan tulang belut seperti baju kurung. Potongannya lurus pada rusuknya dan tiada pesak atau kekek. Lehernya dipotong bulat dan dibelah tengah.

Baju kedah biasanya diperbuat daripada kain cotton yang berbunga renek. Kain yang dipadankan dengan baju kedah  ialah kain pelekat atau kain batik.
Ni tengok gamabar baju kedah tradisional gamabar pon ehsan dari blog

Ok Jom kita belajar Macamana nak buat baju kurung kedah ni.

1. Mula-mula kita perlu dapatkan ukuran badan customer

Labuh Pinggang Belakang        39.5cm
Labuh lengan dari tengkuk       58.5cm
Labuh Baju                                63cm
Pangkal Lengan                        27.6cm
Keliling Dada                           88cm
Keliling Leher                          33cm

2. Lukiskan Pola


3. Cara-cara Merajah Pola:

0-1          =     ukuran labuh pinggng belakang dicampur 1.5sm
2-0          =     ukuran labuh baju dicampur 1.5cm
3-2          =     1/4 ukuran keliling dada dicampur 3cm atau mengikut suka
Garis tegak keatas
5-0          =      ukuran labuh lengan dari tengkuk
6-5          =      1/2 ukuran pangkal lengan dicampur 4.5cm atau mengikut suka
Garis melintang untuk mendapat 7
8-7         =       3cm
Garis tegak untuk mendapat 9, kelim lubang lengan
10-7      =        4cm
Bentuk krtiak baju.
11-10     =       1/6 keliling leher + 1cm
12-11     =       1.5cm
Garis melintang untuk mendapat 13
14-11     =      ukuran 11 - 10
              =       1/6 keliling leher = 1cm
Garis melintang untuk 15
Bentuk leher baju
17-16    =      dimasukkan 3 cm atau mengikut suka jika mahukan baju berpinggang sedikit
Bentuk kelim rusuk 10 - 7 - 3

Jika punggung pemakai terlalu besar,
18-2      =      1/4 keliling punggung dicampur 3cm atau mengikut suka
Bentuk kelim rusuk yang baru
Bahagian tengah hadapan bolehlah dilabuhkan 2 cm (19-2)
Bentukkan garis kelepek hadapan yang baru. 




Tuesday, April 14, 2015

Visi dan Misi Majalah Jahit

Visi Majalah Jahit
Menyediakan laman web pendidikan terbaik mengenai Jahitan, Bisnens dan
keusahawanan. Supaya golongan pembaca memperoleh inspirasi
dan motivasi untuk memulakan perniagaan Jahitan, dan menaik taraf
ekonomi diri, keluarga, bangsa dan juga agama

Misi Majalah Jahit:
· Menghimpunkan usahawan jahitan tempatan dan terkemuka untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman mereka, dalam industri jahitan
menerusi artikel di blog MajalahJahit.

· Meningkatkan jumlah pembaca blog sebanyak 10% setiap bulan.

· Membina jenama yang kukuh dengan melaburkan sejumlah
wang bagi membina struktur blog yang unik, dan mempunyai
logo rasmi blog.

· Mencari peluang untuk mendapat perhatian pihak media rasmi
seperti akhbar, televisyen, majalah atau buku.

· Menemuramah usahawan berstatus jutawan bagi berkongsi ilmu